Pengalaman Menghadiri Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pacaindera dan Kecergasan Penguasa Penjara Gred KA41



Saya menerima email pada 13 Januari 2022, masa ni baru lepas solat asar tiba-tiba fone bunyi email masuk.

Masa dekat notification tu nampak header mengenai Ujian Fizikal ni, antara email yang dinantikan selepas Lulus Peperiksaan online pada 28 Oktober 2021, keputusan Peperiksaan online dapat selepas 7 hari bekerja.

Masa ni macam sedih sikit sebab risau takut tak lepas, mana tak nya last naik timbang berat 72KG dan last jogging entah bila pon tak ingat. 

Jadi dengan pertolongan suami dalam masa 12 hari ni kena turunkan berat badan untuk dapatkan normal BMI.

Sebagai persedian sebelum ujian fizikal ni dalam masa 12 hari

  • First, sis convert 360 daily diet which NO SUGAR, NO OIL & NO CARB.
  • Setiap hari lepas isya akan turun Jogging target untuk 2.4KM, lebih tak apa.
  • Weekend pula pagi dan petangf joggingg, yang ni ambil track jauh sikit.
  • Setiap hari minum air KOSONG min 2 litre.
  • Husb beli Herbalife setiap pagi makan overnight oat + Herbalife.
Ni la Overnight oat yang sis dok telan, campur buah buah sikit, memang nampak macam tak sedap tapi habis licin ni.

  • Setiap malam sebelum tido makan Herba Lax Shaklee sebab nak flush habis apa yang makan.
  • Makan buah utk gantikan gula sbb nanti bahaya untuk badan bila buat diet mengejut terkejut ni.
Kriteria yang di ambil kira untuk UJIAN FIZIKAL :-
(Sumber dapat masa terima email)


Punya la risau takut tak lepas nak makan pon takut sebab tengok penimbang naik turun gitu ja sampai la hari kejadian mas tu last timbang berat dah 68kg dari 72 kg dalam masa 12 hari. Seksa dia tak tahu nak cakap macam mana.

Make sure datang awal, atau cari hotel berdekatan bagi yang jauh atau tak mau sangkut dalam traffic jam pagi. Sebab sis punya kena hari isnin.


Pendaftaran Jam 7 Pagi.
Panel akan bagi 1 borang untuk kita isi dan ikut sahaja arahan Panel/Pegawai bertugas cara nak isi semua.


Bila dah siap isi semua dia akan panggil ikut no giliran, No giliran ni sapa datang awal dapat awal la nombor nya datang, datang lambat jadi makin belakang la nombor nya. Pegawai bertugas beri taklimat ringkas perkara yang dia sangat tekankan adalah BMI, andai kata terkurang tinggi atau terlebih berat badan yang menjejaskan bacaan BMI boleh balik, tapi kalau nak tunggu x de masalah sebab dia bagi je peluang nak merasa Ujian Fizikal cuma sekiranya kita LULUS ia tidak akan mengubah apa2 keputusan untuk BMI. 

1. Pemeriksaan Fizikal dan Pacaindera
Selesai pendaftaran, pegawai bertugas akan panggil ikut No Giliran masuk ke dalam dewan, masa dalam dewan tu fone memang x boleh pegang. Ukur tinggi dan berat untuk BMI sekiranya GAGAL boleh angkat beg terus balik. Saya punya group B ada dalam 64 orang yang hadir semua wanita. Group lelaki diasingkan. 

Lepas selasai 64 orang punya kiraan BMI ada la kot tinggal beberapa kerat mungkin dalam 50 orang macam tu. Then dia mula dengan cek mata dan buta warna. Part ni semua okay je untuk yang tak pakai cermin mata, untuk yang pakai lens dia cek ye guna torch light dan dia suruh kita genyeh genyeh mata. 

JANGAN LUPA BAWAK BEKAL MAKANAN MACAM ROTI KE PISANG DENGAN AIR KOSONG SEBAB KEMUNGKINAN WAKTU MAKAN DIA SKIP ATAU SEKEJAP.

2.  Pemeriksaan Tubuh Badan
Masa ni untuk wanita dia cek dari hujung rambut sampai hujung kaki ye, dalam mulut, dalam telinga semua dia cek, kalau ada parut jahitan ke ada tatoo ke memang GAGAL dan seluar kena senteng sampai atas lutut dan untuk wanita better korang pakai tudung sarung je senang sebab nanti leceh kalau pakail shawl nak belit belit. 

Dia akan suruh kita berjalan biasa nak tengok poster banda sengat ke, bahu jatuh ke dan beberapa lagi. Masa saringan ni ad juga beberapa orang tersingkir sebab ada pernah patah dan macam macam lagi. Bila dah selesai semua terus je UJIAN KAWAD. Haaaaa masa ni memang ramai kecundang sebab postur badan cara kawan yang susah nak dibetulakan. So selain fitness korang kena practice dan kena ambil tahu cara jalan kawad yang basic, pinggan kena kunci jalan kena tegak. Youtube je pastu mintak orang pandai kawad tengok dan ajarkan.

Bila dah berjaya semua korang akan dapat satu SURAT AKUAN ni bermakna peluang dah makin cerah atau senang kata dah 99% LULUS Ujian Fizikal. Isi apa yang patut dulu dan tunggu je arahan Pegawai bertugas.





3. Pemeriksaan Kecergasan.
Pemeriksaan ni iv yang ada dalam Borang awal tadi, kena lompat setempat, Lari ulang alik (4x10m), Sit Up yang ni semua dia akan buat dalam dewan. Jadi jangan abaikan jugak sebab korang kena buat ikut kelayakan minima yang dah ditetapkan sebab dia ambil kira masa. Cuma jangan risau Pegawai akan bagi peluang lagi, ye la bila dah nervous benda boleh buat tiba tiba tak boleh buat. Tenang tenang ajaaa gitu. 

Last sekali adalah LARIAN 2.4KM, yang ni paling azab jugak la sebab kalau group kitaorg agak bernasib baik sebab ramai jadi masa dah lewat masa tu dalam pukul 3.00 petang, group Lelaki tak ramai jadi larian dia orang awal pukul 1 pm kau kena lari tengah padang 2.4KM bersamaan dengan 6 pusingan padang. Jadi kitaorg ada yang dah start warming up sikit sikit, hehe sis masa ni sibuk cari makan lapar sangat nasib ada partner sorang sempat pergi beli roti jadi sistem bater la kitaorg saya bagi dia pisang tukar dengan roti. 

Masa dekat padang tu awan mendung je dengan angin memang nak hujan cuma belum lagi, jadi larian tetap diteruskan. TIPS korang buat ikut pace jangan awal terus pump melainkan korang memang dah biasa. Sebab nanti tak sampai 1 round dah pancit, slow and steady je. Masa lari dah dekat 3 round pegawai tu panggil semua stop and dia cakap dah cukup takat ni je. Diaorang memang membantu sebab ye la dengan kebanyakan ada yang x makan dari pagi cuma minum air je pastu dengan cuaca nya lagi kilat apa bagai. 

Dari 64 orang tu setleah di tapis tapis tinggallah 14 orang je yang dapat, TAPI ni akan ditapis lagi oleh SPA jadi pegawai tu cakap tunggu je email untuk panggilan seterusnya. Ni antara 14 orang nya, tapi dalam gambar ad 13 ja sorang dah cabut awal.



Selesai semua hujan mula melabuhkan tirai, apa lagi lari masuk keta la nak balik. 

Jadi sekian sahaja coretan saya, bakal menyusul lagi Insyallah sekiranya ada rezeki untuk panggilan temuduga pulak.

-NADZ NADIRAH-





Comments