Posts

Pengalaman Menghadiri Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pacaindera dan Kecergasan Penguasa Penjara Gred KA41

Image
Saya menerima email pada 13 Januari 2022, masa ni baru lepas solat asar tiba-tiba fone bunyi email masuk. Masa dekat notification tu nampak header mengenai Ujian Fizikal ni, antara email yang dinantikan selepas Lulus Peperiksaan online pada 28 Oktober 2021, keputusan Peperiksaan online dapat selepas 7 hari bekerja. Masa ni macam sedih sikit sebab risau takut tak lepas, mana tak nya last naik timbang berat 72KG dan last jogging entah bila pon tak ingat.  Jadi dengan pertolongan suami dalam masa 12 hari ni kena turunkan berat badan untuk dapatkan normal BMI. Sebagai persedian sebelum ujian fizikal ni dalam masa 12 hari First, sis convert 360 daily diet which NO SUGAR, NO OIL & NO CARB. Setiap hari lepas isya akan turun Jogging target untuk 2.4KM, lebih tak apa. Weekend pula pagi dan petangf joggingg, yang ni ambil track jauh sikit. Setiap hari minum air KOSONG min 2 litre. Husb beli Herbalife setiap pagi makan overnight oat + Herbalife. Ni la Overnight oat yang sis dok telan...